Kebiasaannya, setiap apa yang kita rancangkan dalam hidup kita ini kelihatan begitu bagus dan sempurna sekali.
Daripada mula bekerja, kita merancang untuk membeli kereta. Selepas berkereta, kita merancang pula untuk berkahwin. Bila sudah berkahwin, kita hidup berdikari sendiri, mempunyai rumah sendiri dan membina keluarga dan anak-anak. Semuanya kelihatan sangat tersusun dan terancang. Peningkatan hidup dan pendapatan kita juga membuatkan kita berasa sangat selesa. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Hidup dalam zon keselesaan; pendapatan ada, isteri ada disamping anak-anak penyeri hidup.
Tetapi, adakah kita boleh menjamin perancangan kita itu akan sentiasa tersusun dan terancang sampai bila-bila? Setuju atau tidak, kehidupan kita dirancang ada dua fasa; Kanvas putih dan hitam. Umpama roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Pernahkah kita terfikir apakah 'back-up plan' yang kita ada sekiranya sesuatu yang tidak dijangka terjadi?
Sekiranya Tuhan nak menguji kita pada esok hari kita jatuh sakit, adakah kita sudah bersedia dari segi mental dan kewangan?
Sekiranya kos yang diperlukan adalah RM50,000, cukupkah simpanan kita? Cukupkah had perubatan yang disediakan oleh majikan kita?
Sekiranya Tuhan nak menguji kita esok lusa kita ditimpa kemalangan sehingga patah kaki atau cacat anggota lain, sudah tentu kita tidak mampu untuk bekerja lagi.
Pernahkah kita terfikir apakah yang akan terjadi kepada isteri dan anak-anak kita sekiranya kita sudah tidak mampu untuk bekerja mencari rezeki untuk mereka lagi?
Sanggupkah syarikat kita sara bil hospital kita dengan kad perubatan syarikat lagi? Sampai bila?
Siapa pula yang mendukung tanggungjawab kita kepada isteri dan anak-anak kita?
Lebih teruk lagi, kita ditakdirkan pergi meninggalkan mereka begitu sahaja...
Siapakah yang akan menanggung mereka selepas ketiadaan kita? Siapakah yang akan melangsaikan hutang-hutang kita yang masih belum dilunaskan?
Bolehkah kita senaraikan nama-nama orang yang sanggup menggantikan peranan kita sekiranya kita sudah tiada lagi?
1. _____________________________ ?
2. _____________________________?
3. _____________________________?
Jadi, apa lagi yang mereka boleh harapkan? Apa lagi yang boleh membantu mereka?
Dan, APAKAH HARTA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK MEREKA?
"Pesakit barah hati memerlukan RM500,000 untuk mendapatkan rawatan" Pasti kita akan berkata alangkah bagusnya jika pesakit itu memiliki insurans untuk tolong tanggung kos itu...
Kita sering terlihat di akhbar-akhbar mengenai berita seperti, "Balu menerima pampasan kematian suami RM150,000". Pasti kita akan berkata syukur kerana arwah suaminya dilindungi insurans semasa hayatnya...
"5 bulan tunggu rawatan, ubat tahan sakit menjadi teman" Pastinya juga kita akan berkata alangkah bagus jika memiliki insurans, boleh mendapatkan rawatan segera...
Setiap musibah yang melanda pasti akan melibatkan insurans sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Di negara US, insurans diibarat sebagai penyelamat kepada mereka.
Kerana, tatkala salah seorang ahli keluarga mereka ditimpa musibah sama ada menghidapi penyakit atau berlaku kematian, pada masa itulah datangnya agen insurans untuk menyampaikan cek, sumbangan atau manfaat yang pernah diambil oleh mereka semasa mereka sihat.
Tetapi...
Bagaimana dengan kita? Sudahkah kita memiliki insurans peribadi? Atau lebih tepat lagi bagi umat Islam, TAKAFUL?
Sudahkah kita melindungi keluarga dan pendapatan kita?
Sekiranya belum, jangan berlengah lagi... Dapatkannya SEGERA!
Lindungi diri dan keluarga kita... Lindungi pendapatan kita... Lindungi aset dan harta kita...
Memiliki TAKAFUL bukan lagi dianggap asing malahan ia dianggap sebagai satu keperluan yang wajib dimiliki oleh setiap individu dan menjadi sebahagian daripada langkah wajib perancangan kewangan anda.
Tiada bajet sekarang boleh cari, bagaimana jika tiada bajet sewaktu anda tidak lagi mampu cari?
PROGRAM SARAN & BONUS
Sekiranya anda merasakan pelan ini adalah baik untuk anda dan keluarga, mengapa tidak disarankan kepada ahli keluarga dan sahabat anda yang lain? Pastinya mereka berterima kasih dengan anda suatu hari nanti….
Kami menawarkan program Saran & Bonus (SB) untuk setiap peserta yang bersama kami.
Dengan itu anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan hasil daripada program ini di samping amal jariah menyampaikan perkara yang baik kepada kenalan anda. Lagi ramai saranan anda, lagi banyak bonus anda. Tiada gimik. Kami ada jadual bersistem sebagai tanda ketelusan kami.
Tiada tempoh tamat untuk program ini. Anda juga digalakkan supaya turut serta dalam perjumpaan bersama orang yang ingin anda perkenalkan bagi melancarkan perbincangan.
No comments:
Post a Comment